Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Koperal Muhamad Hafiz Fauzi dan Konstabel Muhamad Izuddin Mohd Bakry dari Balai Polis Tun Razak, Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin atas keprihatinan membantu pengguna jalan raya yang mengalami masalah tayar pancit di Jalan Keratong–Bahau, Bandar Tun Abdul Razak, Rompin, Pahang.
Kedua-dua anggota polis tersebut, bersama anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia, Mohammad Hafiz Faizal, yang ketika itu sedang menjalankan tugas rondaan, telah segera memberhentikan kenderaan dan menghulurkan bantuan sebaik mungkin.
Hasil keikhlasan dan semangat kerjasama, kenderaan berkenaan berjaya meneruskan perjalanan dengan selamat. Semoga teladan murni yang ditunjukkan ini menjadi contoh kepada seluruh warga Sang Saka Biru, selaras dengan slogan “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”