Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Lans Koperal Muhammad Azrem Manaf, Konstabel Muhammad Shahrul Akmal Salim dan Konstabel Wan Muhammad Haziq Irsyad Wan Nazri dari Balai Polis Kepala Batas, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar atas keprihatinan memberikan bantuan segera kepada seorang pemandu wanita yang mengalami kerosakan kenderaan akibat suhu enjin meningkat susulan air tangki radiator kering, semalam.
Kejadian tersebut dikesan semasa rondaan cegah jenayah apabila anggota bertugas menemui sebuah kenderaan di tepi Lebuhraya Darulaman, Alor Setar, Kedah dalam keadaan bonet hadapan terbuka.
Tindakan pantas dan berhemah ini mencerminkan komitmen Polis Diraja Malaysia dalam menjaga keselamatan serta kebajikan masyarakat, selari dengan semangat “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”
Sumber: TikTok Polis Kedah Official