VIDEO PILIHAN: KESELAMATAN ANDA, KEUTAMAAN KAMI
Keprihatinan anggota Unit Rondaan Cegah Jenayah, Balai Polis Taman Setia Indah terserlah apabila tampil membantu seorang pengguna jalan raya yang kehabisan minyak ketika dalam perjalanan dari Ulu Tiram ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, semalam.
Lans Koperal Willmer Keling bersama Konstabel Mohd Hazrin Ribot, yang sedang menjalankan rondaan bertindak pantas menunda kenderaan berkenaan ke stesen minyak berhampiran bagi memastikan perjalanan pengguna jalan raya berkenaan dapat diteruskan dengan selamat.
Kesediaan membantu ini mencerminkan semangat perkhidmatan warga Sang Saka Biru yang sentiasa mengutamakan kebajikan serta keselamatan masyarakat.