Pic Of The Day

🚨 SIAP SEDIA! 🚨 DUA WIRA DALAM 1 MISI 👮🏻‍♂️🐕‍🦺

Buat julung kalinya, Media Sosial Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menyiarkan siri khas mengenai Unit Anjing Pengesan (K9), Jabatan Siasatan Jenayah!

Di sebalik kecekapan menyelesaikan pelbagai kes jenayah, kami pamerkan sesi latihan khusus yang dijalankan bagi memastikan mereka sentiasa bersedia dan cekap dalam operasi sebenar.

Tidak cukup dengan itu, anda bakal mengenali lebih dekat wira-wira berkaki empat yang sentiasa mencuri tumpuan (kalah selebriti 🤭) setiap kali dibawa beraksi dalam perbarisan. 💪✨

🎬 Nantikan dalam masa terdekat, hanya di platform rasmi PDRM.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS