Terima kasih kepada Sarjan Rohdizan Giman dan Koperal Sohibul Fazilah Abu Mansor dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah
Temerloh yang telah membantu seorang warga emas selepas motosikalnya mengalami kerosakan di Kilometer 130, Jalan Kuala Lumpur ke Kuantan, Pahang semasa pelaksanaan Op Selamat 25 Tahun Baharu Cina, semalam.
Kejadian tersebut menyebabkan barangan yang dibawa mangsa terjatuh di atas jalan dan berisiko mengganggu keselamatan pengguna lain.
Tindakan pantas dan penuh empati kedua-dua anggota terbabit bukan sahaja menjamin keselamatan warga emas berkenaan, malah memastikan kelancaran trafik demi keselesaan semua pengguna jalan raya.
Sumber: Polis Trafik Daerah Temerloh

Pautan Video:
https://www.facebook.com/reel/4155115818135631