Pic Of The Day

VIDEO PILIHAN: XAN, WIRA K9 PDRM DALAM PENGESANAN BOM DAN PELURU HIDUP

Xan, anjing baka Labrador berusia tujuh tahun daripada Unit Anjing Pengesan (K9), Bahagian Bantuan Teknik (D6), Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), merupakan aset terlatih yang memiliki kepakaran dalam pengesanan bahan letupan dan peluru hidup.

Hasil latihan intensif serta disiplin berterusan, Xan berupaya menjalankan tugas pengesanan dengan ketepatan tinggi, sekali gus membantu mencegah ancaman sebelum ia membahayakan keselamatan awam.

Di bawah kendalian Koperal Agustin Willistony Gurang Atiin, Xan sentiasa bersedia digerakkan dalam operasi pemeriksaan keselamatan, serbuan dan penugasan berisiko tinggi. Kepekaan deria bau serta tahap fokus yang tinggi menjadikan beliau aset penting Pasukan.

Setiap pengesanan tepat bukan sahaja melindungi nyawa dan harta benda, malah memperkukuh keupayaan PDRM dalam memastikan keamanan serta ketenteraman negara terus terpelihara.



Pautan Youtube:
https://youtube.com/shorts/Hx7v_jYB0a8?feature=share
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS