Pic Of The Day

USIK-USIK: MAIN BUNGA API TAK DENGAR CAKAP… SEKALI ABANG POLIS LALU

Bila anak-anak terlalu seronok bermain bunga api, ibu pun keluarkan ayat ‘senjata terakhir’ “Main lagi… nanti abang polis datang!” 😂🚓

Tak lama lepas tu, kebetulan pula kereta polis betul-betul lalu di depan rumah. Yang tadinya berani pegang bunga api, terus menangis dan datang salam abang polis.

Namun di sebalik momen lucu itu, ada peringatan penting. Bunga api memang nampak seronok, tapi jika tidak dikawal boleh membahayakan diri sendiri dan orang sekeliling.
P/S: Adik jangan takut ya 😄

Abang polis bukan datang nak marah… cuma pastikan semua orang selamat. Lepas ni dengar cakap ibu, main pun kena berpada-pada. 👮🏻‍♂️✨

Sumber video: TikTok chaq_chukies



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS