Walaupun kecil pada pandangan, bantuan yang dihulurkan amat besar ertinya kepada mereka yang memerlukan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Koperal Safrizan Ahmad dan Lans Koperal Muhd Shahrul Syazwan Khairudin dari Cawangan Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara atas keprihatinan membantu menukarkan tayar sebuah kenderaan milik seorang lelaki orang kurang upaya yang mengalami tayar pancit ketika rondaan di Jalan Bukit Kerayong, Kapar, Selangor, semalam.
Keikhlasan dan nilai murni ini mencerminkan komitmen berterusan dalam menyantuni masyarakat.