Pic Of The Day

#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA PDRM

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pemilik akaun TikTok Mat Jambu Dealer atas perkongsian yang memaparkan keprihatinan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Balai Polis Masai, Johor yang bekerjasama dengan seorang penghantar makanan Food Panda dan orang ramai dalam membantu memadamkan kebakaran melibatkan sebuah lori berhampiran Masjid Al-Muhajirin, Jalan Masai, Johor, baru-baru ini.

Kejadian berlaku ketika Koperal Mohd Shahrul Syafik Abdul Halim menjalankan rondaan sebelum bertindak pantas bersama rakan setugas serta penghantar makanan berkenaan dan orang ramai memadamkan kebakaran, di samping memastikan keselamatan pengguna jalan raya, melancarkan trafik dan mengelakkan risiko tidak diingini.

Syabas dan terima kasih atas jasa serta pengorbanan yang dicurahkan demi kesejahteraan rakyat.

Sumber video: TikTok Mat Jambu Dealer


Pautan Video:
https://www.facebook.com/reel/1301347041522177

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS