Pic Of The Day

#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA PDRM

Terima kasih kepada pemilik akaun Threads @fadhli_suhaida atas perkongsian dan penghargaan yang dizahirkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan layanan mesra serta keprihatinan anggota polis yang menjalankan rondaan di Wetland Putrajaya terhadap anak autistik beliau.

Menurut perkongsian tersebut, anaknya yang amat meminati kereta dan motosikal polis serta lambang harimau PDRM telah disantuni dengan penuh sabar dan kasih sayang oleh anggota yang bertugas. Tindakan prihatin tersebut bukan sahaja menggembirakan kanak-kanak berkenaan, malah memberi kesan yang cukup bermakna kepada keluarganya.

Penghargaan seperti ini menjadi pemangkin semangat buat seluruh warga PDRM untuk terus mengamalkan pendekatan mesra komuniti serta memberikan perkhidmatan yang profesional, prihatin dan berintegriti demi kesejahteraan masyarakat.

Sumber: Threads @fadhli_suhaida

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS