Pic Of The Day

#BiarJasaJadiKenangan PIC OF THE DAY: DI SAAT DIPERLUKAN, PDRM TAMPIL MEMBANTU

 
Keprihatinan warga Sang Saka Biru terus terserlah apabila anggota Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh tampil membantu menukar tayar sebuah kenderaan yang pecah ketika melaksanakan tugas pemantauan sempena Festival Kesenian Rakyat Kelantan 2026 di Tok Bali, Pasir Puteh, baru-baru ini.

Tindakan spontan Sarjan Kamadulhafizan Kamarudin, Koperal Mohd Ridwan Maludin dan Koperal Mohd Masry Nursy Mokhtar ini mencerminkan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sentiasa peka dan sedia menghulurkan bantuan demi keselamatan serta kesejahteraan masyarakat.



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS