Terima kasih kepada Koperal Mohd Yassir Mohd Yusof dan Lans Koperal Mohamad Rasuki Radzemi dari Balai Polis Puchong Jaya, Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang kerana membantu seorang warga emas yang dipercayai mengalami masalah lupa ingatan selepas ditemui di LRT Bandar Puteri, Puchong, Selangor, semalam.
Bertindak atas maklumat daripada Pusat Kawalan Daerah Serdang, kedua-dua anggota tersebut segera mengesan alamat kediaman warga emas berkenaan sebelum berjaya menghantarnya pulang ke rumah dengan selamat.
Syabas dan terima kasih atas dedikasi yang ditunjukkan!