Salam Sejahtera Encik. Saya ingin memohon jawatan Konstabel Wanita yang mana pengambilannya sedang berlangsung sekarang ini tetapi terlepas tarikh temuduga/ujian fizikal yang diadakan di lokasi berhampiran.
Salam sejahtera. Polis Diraja Malaysia ada membuat penambahan tarikh bagi sesi temuduga/ujian fizikal bagi calon yang memohon jawatan Konstabel Wanita dan Konstabel Sokongan (Lelaki/Wanita) dari 24 hingga 29 Februari 2016 bagi lokasi di negeri Sarawak, Sabah dan Kuala Lumpur. Maklumat lanjut mengenai pengambilan ini boleh dilayari di Portal Rasmi PDRM,
www.rmp.gov.my.