Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................

KESALAHAN MEMPAMERKAN NOMBOR PENDAFTARAN PALSU

Nombor pendaftaran perlu dipamerkan di hadapan dan belakang semua kenderaan bermotor yang didaftarkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Mana-mana individu yang mempamerkan nombor pendaftaran palsu bagi kenderaannya melakukan kesalahan di bawah Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kesalahan ini boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Tidak menjadi salah jika kita sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS