Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................

CERMIN GELAP

Memasang cermin gelap atau ‘tinted film’ untuk menggelapkan cermin kenderaan adalah dibenarkan, dengan syarat yang ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 (Pindaan 2016).

Kadar peratus Ketelusan Cahaya Nampak / Visible Light Transmission (VLT) yang dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia adalah seperti berikut:

i. Cermin hadapan - 70%

ii. Cermin sisi hadapan - 50%

iii. Cermin sisi belakang - 30%

iv. Cermin belakang - 30%

Pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kadar peratus VLT tersebut, boleh dikenakan tindakan saman dengan kompaun maksimum RM300 dan juga boleh didenda mengikut Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika sabit kesalahan, bagi kesalahan pertama boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan. Bagi sabitan kali kedua dan seterusnya, akan didenda tidak melebihi RM4,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS