Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................

PANDUAN MASUK BULATAN (ROUNDABOUT)

Kesilapan memilih lorong yang betul semasa hendak memasuki bulatan boleh menyebabkan kemalangan seperti langgar belakang, langgar sebelah tepi atau bergesel.

Adalah penting untuk pengguna jalan raya memastikan lorong yang mana sepatutnya mereka gunakan semasa membelok di dalam sesuatu bulatan bagi mengelakkan kejadian sedemikian daripada berlaku.

Panduannya adalah mudah, iaitu:

i. Lorong kiri hanya untuk membelok ke kiri (jam 9) atau jalan terus (jam 12).

ii. Lorong kanan untuk jalan terus (jam 12), membelok ke kanan (jam 3) atau untuk membuat pusingan di bulatan tersebut.

Sentiasa ingat, pemandu yang berada di dalam bulatan mempunyai hak yang lebih utama untuk menggunakan jalan berbanding pemandu yang berada di mana-mana susur. Oleh yang demikian, anda perlu memberi keutamaan jalan kepada mereka yang sedang menggunakan bulatan berkenaan untuk membelok.

Berikan isyarat terlebih dahulu untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain sebelum hendak memasuki bulatan. Perlahankan kenderaan anda atau berhenti jika perlu. Pastikan ianya selamat semasa hendak memasuki bulatan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS