Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................

KESALAHAN MEMBUANG SAMPAH DARIPADA KENDERAAN

Amalan menjaga kebersihan persekitaran bukan sahaja dituntut oleh setiap agama, malah perbuatan tersebut juga perlu dipraktikkan dalam kalangan pemandu dan penumpang kenderaan. 

Terdapat segelintir pemandu atau penumpang yang suka mengamalkan tabiat membuang sampah di atas jalan raya melalui tingkap kenderaan. Tindakan tersebut adalah perbuatan buruk kerana sampah yang dibuang bukan sahaja mencemarkan alam sekitar, malah membahayakan pengguna jalan raya yang lain sehingga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. 

Perlu diingat, membuang sampah dari kenderaan juga boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah 52, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/1959) dengan denda maksimum RM300.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengumpul sampah dalam kenderaan terlebih dahulu dan membuangnya di tempat yang disediakan apabila berhenti untuk berehat ketika memandu.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS