Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................

INSURAN PERLINDUNGAN KENDERAAN

Setiap pemilik kenderaan diwajibkan membeli insuran perlindungan kenderaan setiap tahun apabila memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM). 

Insuran perlindungan kenderaan diperlukan untuk tujuan tuntutan terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang berkemungkinan berlaku akibat pemanduan kenderaan di atas jalan raya.

Kos pembelian insuran perlindungan kenderaan menyebabkan orang ramai beranggapan ianya membebankan kerana terpaksa membayar lebihan wang setiap kali memperbaharui LKM.

Contohnya, bagi kenderaan jenis Myvi yang telah diguna pakai selama tujuh tahun, pemilik hanya diperlukan membayar lebih kurang RM90 untuk memperbaharui LKM tetapi terpaksa membayar melebihi RM500 untuk membeli insuran perlindungan kenderaan.

Kesalahan tidak memiliki insuran perlindungan kenderaan yang sah boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 90 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Apabila disabitkan, denda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS