Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................

PETA LALUAN TOUR OF PENINSULAR (TOP) 2019 PERINGKAT 4

Motoshoot Event akan menganjurkan kejohanan lumba basikal Tour Of Peninsular (TOP) 2019 yang akan berlangsung mulai 15 Oktober 2019 sehingga 19 Oktober 2019 dengan penglibatan seramai 132 pelumba tempatan dan antarabangsa. Ianya melibatkan beberapa negeri iaitu Terengganu, Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur.

Penutupan jalan dan lencongan secara berperingkat untuk semua jenis kenderaan akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melancarkan pergerakan lalu lintas dan keselamatan di lokasi dan laluan yang terlibat.

Peringkat 4 : Sungai Koyan – Cameran Highlands (89.5km)
Tarikh : 18/10/2019 (Jumaat)
Lokasi Pelepasan : Jalan Sungai Koyan, Berchang
Masa Pelepasan : 8.30 pagi
Lokasi Penamat : Tanah Rata, Cameron Highlands

Jangkaan Masa Sampai : 11.00 pagi
Kontinjen Terlibat : Pahang
Daerah Terlibat : Kuala Lipis dan Cameran Highlands

Antara kawasan-kawasan yang akan dilalui :-
Jalan Sungai Koyan – Berchang – Kg Tiat – Kg Leryer – Ringlet – Tanah Rata

Laluan tapak permulaan akan ditutup secara berperingkat mulai jam 6.00 pagi bagi pelepasan peserta pada jam 8.30 pagi dari Sungai Koyan.

Jangkaan ketibaan peserta perlumbaan di lokasi penamat Tanah Rata, Cameron Highlands pada jam 11.00 pagi dan penutupan lokasi penamat mulai jam 9.00 pagi.

Pemakluman kepada orang ramai

- Memberi kerjasama serta mematuhi segala arahan anggota polis yang bertugas semasa acara berlangsung agar tiada sebarang halangan lalu lintas di sepanjang laluan perlumbaan.
- Merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi memudahkan perjalanan dan mengelakkan sebarang kesulitan.
- Segala operasi penutupan jalan akan dilaksanakan secara berperingkat yang dijangka 30 minit sebelum peserta perlumbaan melalui laluan di lokasi yang ditetapkan.
- Semua pengguna jalan raya perlu mengikuti perkembangan maklumat penutupan jalan dan lencongan berperingkat di kawasan terbabit melalui hebahan media negeri masing-masing bagi memberi laluan kepada perlumbaan Tour Of Peninsular 2019

Pastikan tiada halangan atau meletakkan kenderaan secara statik di sepanjang laluan perlumbaan

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web Tour Of Peninsular 2019 di
www.tourpeninsular.com

Image may contain: one or more people, motorcycle, text and outdoor

No photo description available.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS