Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................

[VIDEO PILIHAN] OP SELAMAT 16/2020 SEMPENA TAHUN BAHARU CINA

Op Selamat 16 akan bermula dari 18 Januari hingga 1 Februari 2020 yang dilakukan secara 'Total Enforcement and Services'.

Enam kesalahan utama Op Selamat 16/2020 seperti berikut:

i) Memandu melebihi had laju;
ii) Memandu di lorong kecemasan;
iii) Memotong di garisan berkembar;
iv) Memotong barisan (queue);
v) Tidak mematuhi lampu isyarat; dan
vi) Menggunakan alat komunikasi semasa memandu

Pengguna jalan raya yang didapati melakukan kesalahan-kesalahan yang dinyatakan akan dikenakan saman maksimum RM300.

Sempena pelancaran Op Selamat kali ini, PDRM menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus bagi pembayaran saman terpilih kepada pengguna jalan raya yang ingin menjelaskan saman mereka bermula pada 18 hingga 22 Januari 2020.

Sila layari portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my untuk membayar saman serta menikmati diskaun yang ditawarkan!

Sumber: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#JabatanSiasatanDanPenguatkuasaanTrafikPDRM
#JSPT
#OpSelamat16
#14012020



https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/videos/466269494275642/
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS