Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#SembangTrafik GUNA 'FOG LAMP' DAN 'ICE BLUE' BAHAYAKAN PENGGUNA JALAN RAYA LAIN

Penggunaan lampu kabut atau ‘fog lamp’ dan mentol ‘ice blue’ untuk lampu brek belakang oleh pemilik kenderaan dilihat semakin berleluasa. Pemasangan lampu ini boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain kerana ia mempunyai tahap silau yang tinggi berbanding lampu biasa.

Pemilik kenderaan mungkin boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah 94, Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 (LN170/1959) dan didakwa mengikut Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987 di mana sekiranya didapati bersalah boleh didenda sehingga RM2,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#SembangTrafikPDRM
#07072020

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS