Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#SembangTrafik KELUAR SIMPANG SECARA MELULU, PEMANDU BOLEH DIDENDA SEHINGGA RM20,000

Tidak berhenti di persimpangan dan keluar secara melulu sangat merbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalanraya yang lain. Anda mampu menyelamatkan satu nyawa, jika bertimbangrasa semasa memandu.

Apabila berlaku pelanggaran sehingga menyebabkan kemalangan maut, tindakan boleh diambil di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbahaya menyebabkan kematian orang lain.

Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak kurang daripada RM5,000 sehingga RM20,000 dan dipenjara tidak kurang daripada dua tahun serta tidak lebih daripada sepuluh tahun.

#SembangTrafikPDRM
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#12092020

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS