Mengikut Seksyen 39(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, seseorang yang berumur kurang daripada 21 tahun tidak dibenarkan memandu suatu traktor atau jentera atau kenderaan perkhidmatan awam di atas jalan.
Sekiranya ibu bapa membenarkan anak di bawah umur memandu traktor atau jentera, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 39(5) akta yang sama.
Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi daripada RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.
#SembangTrafikPDRM
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#05102020