Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................

HUKUMAN BERAT MENANTI PEMANDU YANG MEMANDU SECARA BERBAHAYA DAN MENYEBABKAN KEMATIAN

Individu yang memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian boleh dikenakan hukuman berat mengikut peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara selama 5 hingga 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM20,000 sehingga RM50,000 serta hilang kelayakan memiliki lesen memandu sehingga lima tahun bagi sabitan kali pertama.

Sabitan kali kedua dan seterusnya pula, boleh dikenakan hukuman penjara selama 10 hingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada RM50,000 sehingga RM100,000 serta hilang kelayakan memiliki lesen memandu selama 10 tahun.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS