Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................
#SembangTrafik BERLUMBA DAN MEMOTONG SECARA "ZIG-ZAG" ANCAM NYAWA PENGGUNA JALAN RAYA
Keseronokan dan keterujaan memandu dan memotong secara "zig-zag" boleh membahayakan diri sendiri dan mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain.
Tindakan tersebut nyata melanggar undang-undang di bawah Seksyen 42(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara berbahaya dan melulu.
Jika disabitkan kesalahan, pemandu boleh dipenjara sehingga lima tahun serta dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000. Jika pemandu adalah pemegang lesen memandu percubaan (P), lesen boleh dibatalkan.