Memotong di garisan berkembar antara kesalahan lalu lintas yang sering dilakukan oleh pengguna jalan raya. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini boleh membahayakan pengguna jalan raya lain dan menyebabkan kemalangan yang teruk.
Sekiranya kemalangan berlaku sehingga menyebabkan kematian, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu melulu/berbahaya.
Jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara boleh dikenakan mininum lima tahun, maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi RM50,000 serta hilang kelayakan memiliki lesen memandu selama tempoh lima tahun.
#SembangTrafikPDRM
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#24112022