Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#SembangTrafik PANDU LAWAN ARUS BOLEH DIPENJARA SEHINGGA LIMA TAHUN, DENDA MINIMUM RM5,000

Awas! Memandu atau menunggang kenderaan dengan melawan arus trafik boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Mana-mana pemandu dan penunggang yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 42(1), Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.

Sekiranya didapati bersalah, pengguna jalan raya boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 serta tidak melebihi RM15,000. Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini juga hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun dari tarikh sabitan.


May be an image of 1 person, car and text that says 'I SEMBANG TRAFIK II PANDU LAWAN ARUS, PEMANDU BOLEH DIPENJARA TIDAK MELEBIHI LIMA TAHUN DAN DENDA TIDAK KURANG DARIPADA RM5,000. RAJA Terbitan Polis Diraja Malaysia Konsep: Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) pdrmsia official PDRMsia PDRMsia PDRMsia Official'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS