Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................

UBAH HALUAN SECARA MENGEJUT DAN MENYEBABKAN CEDERA PARAH, PEMANDU BOLEH DIDENDA SEHINGGA RM10,000

Seringkali berlaku pemandu mengubah haluan secara mengejut tanpa memberi isyarat amaran (signal). Perbuatan ini bukan sahaja boleh menyebabkan kemalangan bahkan lebih teruk mendatangkan kecederaan parah buat pengguna jalan raya yang lain.

Apabila kemalangan berlaku sehingga menyebabkan kecederaan parah, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 iaitu memandu dengan tidak cermat dan bertimbang rasa.

Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM10,000 serta boleh juga dipenjara tidak melebihi 12 bulan.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS