Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#SembangTrafik BERLUMBA DAN MEMOTONG SECARA "ZIG-ZAG" MEMBAHAYAKAN PENGGUNA JALAN RAYA

Pemandu atau penunggang yang memandu dan memotong secara "zig-zag" boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.
Tindakan tersebut nyata melanggar undang-undang di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara berbahaya dan melulu.
Jika disabitkan kesalahan, pemandu atau penunggang boleh dipenjara sehingga lima tahun serta dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000. Jika pemandu adalah pemegang lesen memandu percubaan (P), lesen boleh dibatalkan.
Bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda minimum RM10,000, maksimum RM20,000 serta hilang kelayakan lesen memandu sehingga tempoh 10 tahun.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS