Demi tanggungjawab dan amanah yang dipikul, keselamatan pengguna jalan raya sentiasa diutamakan walau dalam apa jua keadaan.
Begitulah tindakan pantas dua anggota dari Unit EMPV Lebuhraya Ipoh - Tapah, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman iaitu Sarjan Mohamad Faizal Abd Hamid dan Lans Koperal Mohd Fakharazi Hasan telah mengalihkan serpihan tayar kenderaan di Kilometer 310 arah utara baru-baru
ini ketika melakukan tugas rondaan di laluan tersebut.
Terima kasih diucapkan kepada semua anggota yang terlibat. Semoga ianya menjadi ikutan buat seluruh warga Pasukan.
Link Pautan: https://fb.watch/qeAJoYERjY/