Kuala Lumpur, 28 Februari 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pemantauan Trafik (TMC), Menara Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur Command dan Control Centre (KLCCC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, di sini, semalam.
Lawatan tersebut bertujuan memantau aliran trafik di pusat bandar dan kekuatan petugas JSPT di lapangan agar
segala tindakan dapat diambil demi keselamatan serta keselesaan pengguna jalan raya.
Hadir sama, Ketua Urus Setia JSPT Bukit Aman, ACP Azman Shari’at, Ketua JSPT Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh, Ketua Penolong Pengarah (KPP) (Kawalan Lalu Lintas) JSPT Bukit Aman, Superintendan Mohd Yatim Osman, KPP Penguatkuasaan JSPT Bukit Aman, Superintendan Khairul Azhar Ismail dan Timbalan Ketua JSPT Kuala Lumpur, Superintendan Suffian Abdullah.