Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................

STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2024 19072024

Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 19 Julai 2024 (Jumaat).

Sebanyak 1,741 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan tiga kematian. Terdapat peningkatan sebanyak 93 bagi kes kemalangan dan penurunan sembilan kematian berbanding hari sebelumnya.

Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS