Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................
STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2024 29072024
Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 29 Julai 2024 (Isnin).
Sebanyak 1,915 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 23 kematian. Terdapat peningkatan sebanyak 480 bagi kes kemalangan dan sembilan kematian berbanding hari sebelumnya.
Para
pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.