Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................
[POSTING PILIHAN] PERINGATAN TRAFIK: KAMERA PENGAWASAN LAMPU ISYARAT
Melanggar lampu merah merupakan kesalahan utama atau sering dilakukan sehingga boleh mengundang padah bukan sahaja kepada diri sendiri, malah juga kepada pengguna jalan raya yang lain.
Justeru, kamera pengawasan lampu isyarat atau “red light surveillance camera” yang beroperasi 24 jam setiap hari telah dipasang oleh Polis Diraja Malaysia menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di setiap
persimpangan lampu isyarat bagi mendidik para pengguna jalan raya untuk sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas.