Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................
STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2024 02092024
Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 2 September 2024 (Isnin).
Sebanyak 1,753 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 16 kematian. Terdapat peningkatan sebanyak 392 kes kemalangan dan tiga kematian berbanding hari sebelumnya.
Para
pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.