Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................
STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2024 18092024
Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 18 September 2024 (Rabu).
Sebanyak 1,732 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 12 kematian. Terdapat peningkatan sebanyak 110 kes kemalangan dan penurunan 14 jumlah kematian berbanding hari sebelumnya.
Para
pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.