Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................
STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2024 04102024
Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 4 Oktober 2024 (Jumaat).
Sebanyak 2,009 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 11 kematian. Terdapat peningkatan sebanyak 86 bagi kes kemalangan dan penurunan dua kematian berbanding hari sebelumnya.
Para
pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.