Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 6 Oktober 2024 (Ahad).
Sebanyak 1,600 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan sembilan kematian. Terdapat penurunan sebanyak 377 bagi kes kemalangan dan 14 kematian berbanding hari sebelumnya.
Para
pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM