Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................
STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2024
Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 30 Oktober 2024 (Rabu). Sebanyak 1,882 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 16 kematian. Terdapat peningkatan sebanyak 38 bagi kes kemalangan dan tiada perubahan kes kematian berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta
memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
