Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 9 November 2024 (Sabtu).
Sebanyak 1,771 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan sepuluh kematian. Terdapat penurunan sebanyak 178 bagi kes kemalangan dan enam kes kematian berbanding hari sebelumnya.
Para
pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
