Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................
STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2024 16112024
Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 16 November 2024 (Sabtu).
Sebanyak 1,669 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 14 kematian. Terdapat penurunan sebanyak 333 kes kemalangan dan peningkatan sejumlah empat kematian berbanding hari sebelumnya.
Para
pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.