Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................
STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2024 #141224
Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 13 Disember 2024 (Jumaat).
Sebanyak 1,644 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 13 kematian. Terdapat penurunan sebanyak 57 bagi kes kemalangan dan peningkatan empat kes kematian berbanding hari sebelumnya.
Para
pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
