Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 25 Disember 2024 (Rabu).
Sebanyak 1,312 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 10 kematian. Terdapat penurunan sebanyak 443 bagi kes kemalangan dan tiada kematian berbanding hari sebelumnya.
Para
pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM