Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................

POSTING PILIHAN: MEKANIK TERIMA PENGHARGAAN PDRM, NEKAD HENTIKAN LORI TAYAR HAMPIR TERCABUT

Seremban, 27 Disember 2024 - Demi mencegah insiden boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain, seorang pemandu tiga kali berusaha memintas sebuah lori tetapi tidak berhasil sebelum nekad menjengah kepala keluar tingkap kereta pada cubaan keempat sambil menjerit dan menunjuk ke arah tayar kenderaan berat itu yang sudah hampir tercabut.

Keprihatinan dan tindakan berani pemandu kereta itu yang juga seorang mekanik, Encik Kamarul Ekhshan Abdul Ghani, 46, dalam kejadian pada Oktober lalu di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Ayer Keroh, Melaka, jelas mendapat pujian warganet.

Malah, hari ini, beliau turut dianugerahkan sijil penghargaan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas usahanya yang dianggap dapat menyelamatkan banyak nyawa pengguna lebuh raya lain di laluan terbabit ketika itu.

Majlis itu disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri dengan turut dihadiri Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato' Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

Menceritakan kejadian pada 5 Oktober lalu, Encik Kamarul Ekhshan berkata, ia berlaku ketika beliau sedang dalam perjalanan dari Seremban ke Johor untuk membaiki kenderaan pelanggannya.

"Saya kemudian melihat lori berkenaan cuba memotong kereta di depan, jadi saya memberi laluan sebelum ternampak tayar kanannya bergoyang. Saya cuba sebanyak tiga kali untuk memintas lori itu supaya ia berhenti tetapi gagal.

"Dalam cubaan kali keempat, saya menjerit sambil menunjuk ke arah tayar lori terbabit sebelum pemandunya mula memperlahankan kenderaan dan berhenti," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penganugerahan sijil penghargaan itu, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../tayar-hampir-tercabut...

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS