Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................
ARTIKEL PILIHAN: JSPT KELUAR 45,237 SAMAN DALAM OP KENDERAAN PERDAGANGAN SETAKAT BULAN LALU
Seremban, 27 Disember 20024 - Sebanyak 45,237 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan berikutan pemeriksaan terhadap 235,616 kenderaan perdagangan dalam 5,747 Op Kenderaan Perdagangan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga bulan lalu.
Pengarah
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, berkata daripada jumlah saman
itu 28,298 dikeluarkan bagi lori, bas (349) manakala kenderaan pelbagai guna seperti van dan jip yang didaftarkan atas nama syarikat (16,590).
"Saman tertinggi melibatkan kesalahan tiada Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) sebanyak 10,859 notis, diikuti menggunakan alat telekomunikasi ketika memandu (9,254), Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh (8,380), tidak mematuhi lampu isyarat merah (3,676) dan lesen memandu telah tamat tempoh (2,179).
"Bagi kesalahan bawa muatan lebih had ditetapkan, kertas siasatan dibuka melibatkan 380 kenderaan manakala 154 lori, 106 kenderaan pelbagai guna dan satu bas telah disita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri lawatan kerja di
Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, di sini hari ini.