Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................
STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2025 #140125
Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 13 Januari 2025 (Isnin).
Sebanyak 1,779 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan sembilan kematian. Terdapat peningkatan sebanyak 310 kes kemalangan dan penurunan sembilan kes kematian berbanding hari sebelumnya.
Para
pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.