Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 28 Februari 2025 (Jumaat).
Sebanyak 2,076 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 23 kematian. Terdapat peningkatan sebanyak 211 kes kemalangan dan 12 kes kematian berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM