Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 26 Mac 2025 (Rabu).
Sebanyak 2,066 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 14 kematian. Terdapat peningkatan sebanyak tujuh kes kemalangan dan penurunan empat kes kematian berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.