Kuantan, 29 Mac 2025 - Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri melakukan tinjauan aliran trafik melalui udara bersama
Pasukan Gerakan Udara sempena Op Selamat 24, di sini, semalam.
Tinjauan menggunakan helikopter jenis AW139 itu dipandu oleh DSP Hj. Firdaus Rosli dengan dibantu Pembantu Juruterbang, Superintendan Mohd Fairuz Jamil bersama Pemerhati Udara, Sarjan Ahmad Ezuan Roslan dan Sarjan Nor Airie Nasir.
Tinjauan dilakukan di sekitar kawasan Tol Sungai Besi, Nilai, Tol Gombak dan Lebuhraya Karak sebelum mendarat di Kuantan.
Turut sama dalam tinjauan tersebut adalah Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Siasatan/Sumber) JSPT Bukit Aman, ACP Fauzi Osman dan Ketua Penolong Pengarah (Kawalan Lalu Lintas) JSPT Bukit Aman, Superintendan Mohd Yatim Osman.