Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 29 Mac 2025 (Sabtu).
Sebanyak 2,040 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 7 kematian. Terdapat penurunan sebanyak 282 kes kemalangan dan 25 kes kematian berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.